:sedih~:

sad.jpg

Pada mulanya aku sengaja ingin menduga hatinya. Dia selalu tidak mengambil berat tentang aku. Kadangkala aku terasa macam aku yang terlalu mengharapkan kasih darinya, tapi dia? Hanya permintaan kecil yang tidak dapat ditunaikan membuatkan aku marah lalu menganggap kegagalannya itu sesuatu yang rumit.

Kejamkah aku? Menghukumnya sebegitu? Salahkah aku? Bagi diriku, aku dah lakukan yang terbaik untuk dia. Tapi kenapa dia sering saja memperlekehkan apa jua kehendak dan permintaan aku. Aku tahu, aku ada hak meminta,mengharapkan sesuatu darinya walau pada hakikatnya aku mampu untuk memperolehnya dengan sendiri kerana aku yakin dia juga berhak melunaskan kemahuaan aku. Tapi mengapa acap kali, aku tidak berjaya memperoleh apa yang aku mahukan. Adakah ianya terlalu sukar dan membebankan?

Aku tak sanggup untuk pendam dan simpan, airmata aku terluah jua. Walaupun terasa lega di hati, tapi masih jua celaru di benak.

1 Comment(s)

  1. Kecelaruan sering melahirkan suatu prasangka yang tidak baik sehingga kita berlaku kejam dengan terlalu pantas menghukum walaupun kepastian jawapan masih lagi kelam..


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a comment